Berita Terkini

30/01/13
Pengumuman

30/01/13
Perkhidmatan Kourier: Pesanan Terakhir sebelum Tahun Baru Cina

10/01/13
MAKLUMAT TERKINI BAGI “MY LIBRARY” (JAN)

17/12/12
Pengumuman

30/11/12
PAKEJ TITANIUM Yang Terbaru!

01/11/12
Pengubahan RV bagi Pangkat Titanium

19/10/12
PROMOSI PAKEJ TERBARU AKAN DATANG

12/10/12
AWAS SEBELUM KLIK “MEMBER LOG-IN”!

11/9/12
Sijil HALAL bagi Cryptomonadales (PPAR LIFE) boleh didapati sekarang!

3/9/12
Win Samsung S3 & Galaxy Advance Campaign

22/8/12
MAKLUMAT TERKINI BAGI “MY LIBRARY” (OGOS)

13/8/12
Perkhidmatan Kourier: Pesanan Terakhir sebelum Hari Raya Aidlifitri

2/8/12
Pengumuman: Cuti pada bulan Ogos 2012

10/7/12
DAPATKAN BAJU-T INSAAN YANG TERBARU!

>>Lagi

 

Peristiwa

Soalan Lazim

CryoBac 163

1. Apa itu probiotik?

Probiotik adalah bakteria baik dalam usus badan. Ia menjamin proses metabolisma yang baik dan menghasilkan zat-zat keperluan badan yang tidak boleh dibentuk oleh badan sendiri seperti vitamin K. Kekurangan probiotik dalam badan akan melemahkan sistem imun badan lalu membawa risiko kepada pelbagai penyakit. Jadi, kesihatan badan menjadi optimum jika tahap probiotik dalam badan adalah tinggi. Probiotik seperti Lactobacillus, Bifidus, yis, Lactobacillus bulgaricus dan lain-lain mampu menyekat pertumbuhan bakteria jahat dan meningkatkan daya ketahanan badan.

2. Mengapakah kita memerlukan probiotik?

Masyarakat kini sangat kompetitif, tambahan pula alam sekeliling yang penuh dengan pencemaran, cara pemakanan yang tidak sihat termasuk daging berlebihan, makanan berlemak tinggi, kekurangan bijirin, makanan berproses, penyalahgunaan antibiotik dan lain-lain. Akibatnya, keseimbangan flora usus terjejas dan menimbulkan pelbagai masalah kesihatan. Jadi, kita harus memandang berat terhadap suplemen probiotik.

3. Berapa lamakah saya dapat melihat keberkesanan produk ini?

Hal ini berbeza antara individu. Secara umumnya, kesan dapat dilihat dalam lingkungan 3 – 5 hari selepas seseorang mengambil produk ini, terutamanya pada peningkatan kekerapan buang air besar dan perubahan konsistensi tinja. Namun demikian, masa yang lebih panjang diperlukan untuk mereka yang mempunyai masalah pencernaan.

4. Apakah bentuk terbaik probiotik di pasaran? Cecair atau pepejal? Serbuk atau kapsul?

Secara umum, jangka hayat produk probiotik cecair hanya dua minggu dan ianya harus disimpan di dalam peti sejuk. Selain itu, jumlah probiotik akan berkurangan seiring dengan waktu. CryoBac 163 diperbuatkan dalam bentuk kapsul dengan menggunakan teknologi Eropah yang telah dipatenkan iaitu Cryo-Bac Pro-active. CryoBac 163 terbukti secara klinikal bahawa ia boleh disimpan dengan lebih lama, lebih stabil justeru dapat memelihara keaktifan probiotiknya.

5. Adakah bayi memerlukan suplemen probiotik?

Sebenarnya bayi tidak perlu diberi suplemen probiotik secara sengaja kerana susu ibu adalah sumber nutrisi dan probiotik yang paling sempurna untuk bayi. Kajian telah menunjukkan bahawa bayi yang minum susu tepung formula lebih cenderung mengalami masalah alergi.

6. Apakah keistimewaan CryoBac 163?

Kebanyakan produk probiotik di pasaran tidak mampu memelihara keaktifan probiotik dalam produk. CryoBac 163 diproseskan dengan menggunakan teknologi canggih dari Eropah yang telah dipatenkan, iaitu Cryo-Bac Pro-active. Teknologi ini memelihara probiotik daripada serangan asid gastrik dan jus hempedu selepas memasuki ke dalam badan. Selain itu, strain probiotik yang digunakan adalah jenis yang menyerupai probiotik dalam susu ibu. Akhirnya, teknologi ini menjamin jumlah dan strain probiotik yang sesuai dihantar ke tempat yang sesuai. Jadi, ia mampu melindungi kesihatan usus badan.

7. Apakah kesan buruknya jika jumlah bakteria jahat adalah lebih banyak berbanding dengan probiotik dalam usus badan?

Keadaan ini akan membawa komplikasi-komplikasi seperti sembelit dan cirit-birit. Bakteria jahat dalam badan termasuk Listeria, Clotsridium spp, Staphylococcus aureus, Pseudomonas aeruginosa dan sebagainya. Bakteria jahat ini akan menghasilkan bahan toksik yang berbahaya dalam badan termasuk agen karsinogen dan menurunkan tahap daya ketahanan badan.

8. Siapakah memerlukan suplemen probiotik?

Orang berbadan lemah: orang tua, kanak-kanak dan perempuan

Orang yang memerlukan pengambilan segera: orang yang ambil antibiotik, merokok dan minum alkohol, sembelit, bekerja pejabat, sering menggunakan komputer, penyakit seperti kardiovaskular dan hati, selepas menjalani kemoterapi dan lain-lain.

9. Berapa banyak strain probiotik yang terdapat dalam CryoBac 163 dan apa sebab untuk kewujudan formula ini?

Terdapat 6 strain probiotik dalam produk ini. Semuanya adalah jenis probiotik utama dalam susu ibu. Dengan demikian, ia mempunyai keserasian terbaik dalam tubuh manusia dan formula ini memastikan kesan yang optimum.

10. Apakah cara penggunaan CryoBac 163?

Ambil satu kapsul sebelum makan setiap hari dan dicadangkan makan semasa perut kosong iaitu pada waktu pagi ataupun sebelum tidur.

11. Mengapakah CFU bagi produk-produk lain di pasaran adalah lebih tinggi berbanding dengan CryoBac 163? Adakah ini menunjukkan produk-produk lain adalah lebih baik?

Sebenarnya, faktor CFU (Colony Forming Unit) adalah kurang penting jika berbanding dengan teknologi penghantaran yang diaplikasikan dalam produk. Teknologi yang digunakan dalam pemprosesan CryoBac 163 dapat melindungi keaktifan probiotik dan memastikan probiotik dihantar ke saluran usus dengan selamatnya. CFU yang tinggi adalah tidak bermakna jika keaktifan probiotik terjejas sebelum ianya dapat sampai ke usus.

12. Bolehkah pesakit kanser mengambil CryoBac 163?

Semasa rawatan radioterapi atau kemoterapi dijalani, pelbagai kesan sampingan yang timbul akan melemahkan badan pesakit dan menyekat kadar penyerapan nutrisi badan. Jadi CryoBac 163 sesuai diambil untuk pesakit kanser selepas rawatan demi meningkatkan sistem imun dan membantu badan pulih dengan lebih cepat.

13. Apakah reaksi-reaksi badan yang mungkin timbul selepas mengambil CryoBac 163?

Hal ini berbeza antara individu. Biasanya pembuangan air besar akan menjadi lebih lancar dan warna najis biasanya menjadi sedikit kekuningan. Bagi mereka yang mengalami masalah sembelit jangka panjang, warna najis cenderung lebih gelap.

14. Adakah saya perlu mengambil CryoBac 163 setiap hari ataupun hanya mengambil setiap hari berikutnya?

Anda boleh mengambil CryoBac 163 setiap hari berikutnya jika anda dapat menjaga diet harian yang sihat terutamanya serat yang mencukupi. Jika tidak, anda harus mengambil sekurang-kurangnya 1 kapsul setiap hari.

15. Apakah perbezaan di antara probiotik dan prebiotik?

Kebanyakan orang tidak dapat membezakan probiotik dan prebiotik kerana perkataan yang agak mirip. Sebenarnya, kedua-duanya adalah berbeza. Probiotik adalah jenis bakteria baik untuk badan manusia dimana ia akan mengekalkan keseimbangan flora usus dan menjamin sistem gastrousus yang sihat. Prebiotik pula adalah sejenis makanan probiotik dimana ia akan meningkatkan keaktifan probiotik dan membantu pertumbuhan probiotik.

download Click here download PDF